Search This Blog

Penjagaan Sutera batik

1. Jangan Membasuh Kain Batik Sutera anda dengan mesih basuh agar warna kain batik boleh tahan lama.

2. Gunakan sabun pencuci khusus untuk kain batik sutera ataupun gunakan syampu rambut atau sabun mandi untuk membasuh kain batik sutera anda

3. Tidak digalakkan untuk menjemur kain batik sutera anda di bawah terik matahari secara terus

4. Lapik kain batik sutera anda dengan alas atau kain lain ketika mengosoknya dengan seterika. Suhu seterika juga tidak boleh terlampau panas kerana kain batik sutera tidak tahan panas.

5. Jangan biarkan kain batik sutera terkena cecair perfume atau minyak wangi kerana warnanya mudah luntur disebabkan bahan kimia yang ada dalam cecair perfume atau minyak wangi tersebut.

6. Jangan guna pelembut fabrik untuk melembutkan kain sutera kerana ini akan menjejaskan kualiti sutera.

0 comments: