Ulat Sutera | ||
Ulat sutera (Bombyx mori, Latin: "ulat sutera pokok mulberi") adalah larva kupu-kupu yang amat penting bagi secara ekonomi bagi pengeluaran sutera. Makanan ulat sutera hanyalah daun mulberi. Ia berasal dari utara China. Ulat sutera mempunyai nafsu makan yang besar. Ia makan daun siang dan malam berterusan. Dengan itu mereka cepat membesar. Apabila warna kepala mereka bertukar menjadi gelap, ia bererti masanya sudah tiba bagi mereka bersalin kulit. Selepas bersalin kulit sebanyak empat kali, badan mereka menjadi kekuningan dan kulit mereka lebih ketat, yang menunjukkan tanda mereka akan membalut diri mereka dengan benang sutera. Sutera Ulat sutera menghasilkan kepompong daripada sutera mentah. Kokun ini dihasilkan daripada sehelai benang sutera mentah sepanjang 300 hingga 900 meter (1000 hingga 3000 kaki). Sekiranya ulat bulu dibiarkan mengigit keluar daripada kepompong secara sendiri, benang akan dipotong pendek dan sutera menjadi tidak berguna, dengan itu kepompong ulat sutera akan direbus untuk membunuh ulat sutera dan memudahkan penguraian benang sutera. Ulat sutera itu sendiri sering kali dimakan. Kupu-kupu dewasa yang dibela untuk penghasilan sutera tidak boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu sutera atau ulat sutera mulberi. Disebabkan sejarahnya yang lama dan dan kepentingan ekonomi, ulat sutera genom telah menjadi tumpuan kajian moden. Sejarah Di China, terdapat lagenda bahawa sutera yang didapati dari ulat sutera disedari oleh maharani silam bernama Xi Ling-Shi (bahasa Cina: 嫘祖; pinyin: Léi Zǔ). Dia sedang bersiar-siar apabila dia menyedari kepompong ulat sutera. Dia menggunakan jarinya untuk menyentuhnya, dan menakjubkan, selembar benang terkeluar! Apabila semakin banyak keluar dan membaluti disekeliling jarinya, dia perlahan-lahan berasa panas. Apabila sutera itu habis, dia melihat kepompong kecil. Dengan serta merta dia menyedari bahawa kepompong itu merupakan sumber sutera. Dia mengajar hal ini kepada semua orang dan ia merebak. Terdapat banyak lagenda lain mengenai ulat sutera. Kegunaan perubatan Ulat sutera merupakan sumber perubatan tradisi China "bombyx batryticatus" atau "ulat sutera kaku" (Cina Mudah: 僵蚕; Cina Tradisional: 僵蠶; pinyin: jiāngcán). Ia adalah peringkat larva kering ke-4 atau 5 yang mati akibat penyakit muskadin putih disebabkan oleh jangkitan kulat Beauveria bassiana. Kegunaannya adalah bagi menyingkir angin, mencairkan kahak dan meringankan kekejangan. |
Search This Blog
asal usul kain sutera
Posted by
afdmd
on Thursday, March 26, 2009
0 comments:
Post a Comment